top of page

TERMA & SYARAT

 

PELANGGAN

- Jika pakej fotografi ditaja oleh pihak tertentu maka penaja secara automatik akan menjadi pelanggan kepada perkhidmatan kami.

 

- Pihak pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memberikan informasi yang secukupnya untuk sesuatu majlis seperti waktu, tarikh, alamat lengkap lokasi, peta lokasi,   nombor telefon dan sebagainya yang dirasakan perlu untuk sesuatu majlis.

 

- Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan lokasi majlis dan juga subjek berada dalam keadaan yang memuaskan untuk fotografi.

 

- Jurugambar tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kekurangan pada gambar akibat keadaan kurang memuaskan di lokasi seperti latarbelakang yang kurang   memuaskan, pencahayaan yang tidak baik, solekan yang kurang baik dan lain-lain kekurangan yang boleh memberi kesan negatif pada fotografi. Namun begitu                 jurugambar akan berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan foto terbaik di dalam pelbagai keadaan.

 

 

PERKHIDMATAN FOTOGRAFI

 Perkhidmatan fotografi kami adalah berdasarkan kepada pakej yang telah dipersetujui bersama.

 

- Tempoh masa perkhidmatan adalah bergantung kepada pakej perkhidmatan dan waktu yang telah dipersetujui.

 

- Caj tambahan akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang perkhidmatan tambahan yang diminta diluar daripada pakej yang telah pun dipersetujui.

 

- Kami berhak untuk menyiarkan sebarang imej melalui laman sesawang, laman sosial, blog dan juga percetakan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan juga                         pemasaran.

 

 

TERMA PEMBAYARAN

- Pembayaran deposit sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan pakej perlu dijelaskan untuk pengesahan tempahan pakej fotografi. Pihak kami akan hanya                               membuat blocking pada kalender apabila bayaran deposit sebanyak 50% ini dijelaskan. 

 

- Pembayaran deposit tempahan adalah non-refundable sekiranya pihak pelanggan membatalkan tempahan mereka walau atas apa sebab sekalipun.

 

- Pembayaran kedua sebanyak 30% dari jumlah pakej perlu dijelaskan dalam masa 2 minggu sebelum majlis berlangsung. Kegagalan berbuat demikian boleh                           menyebabkan ketidakhadiran jurugambar pada hari majlis dan bayaran pendahuluan tidak akan dipulangkan.

 

- Pembayaran ketiga sebanyak 20% perlu dijelaskan pada hari majlis ataupun selewat-lewatnya dalam masa seminggu selepas majlis. Sebarang proses suntingan hanya       akan dimulakan setelah kami menerima bayaran ketiga. Kegagalan menjelaskan bayaran tersebut akan menyebabkan kelewatan pada proses suntingan dan juga post       produksi. Pihak kami juga berhak untuk tidak menyerahkan atau melepaskan atau menyiarkan sebarang bentuk softcopy imej jika pelanggan tidak menjelaskan                   bayaran ketiga.

 

- Bagi pelanggan dari luar Lembah Kelang bayaran luar kawasan yang terdiri daripada caj perjalanan akan dikenakan. Caj penginapan juga akan dikenakan sekiranya ada     keperluan bermalam. Caj ini adalah bergantung pada kadar semasa petrol, tol serta caj penginapan. Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk memberi                   maklumat lokasi yang tepat bagi membolehkan pengiraan caj yang betul. Jurugambar berhak untuk mengenakan bayaran tambahan daripada yang telah                               dipersetujui sekiranya pelanggan tidak memberikan maklumat tepat berkenaan lokasi.

 

- Pembayaran boleh dibuat melalui bank transfer atau tunai.

 

- Bagi pembayaran melalui bank transfer, sila simpan slip bayaran sebagai bukti pembayaran. Tiada resit akan dikeluarkan bagi pembayaran jenis ini kecuali diminta oleh   pelanggan.

 

- Bagi pembayaran tunai, resit rasmi akan dikeluarkan serta merta. 

 

 

Jaminan

- Kami memberi jaminan sebulan dari tempoh siap bagi produk-produk seperti DVD, VCD, album dan isinya, dan frame beserta gambar.

 

- Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan atau pun kerosakan bagi produk yang dihantar melalui courier.

 

- Kami juga tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan bagi produk yang tidak diambil dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh dimaklumkan.

 

 

 

 

bottom of page